Sunday, December 12, 2010

PROGRAM JELAJAH ONE MALAYSIA PEMUDA BARISAN NASIONAL BUKTI PEMUDA TIDAK LESU




Assalamualaikum
Sahabat, Kawan-kawan, Baru nak kenal dan juga Musuh yang sudi membaca dan menjelajah ruang pemikiran aku seorang GURKHA

Pemuda Barisan Nasional (BN) mensasarkan 500 buah rumah untuk dibaik pulih pada fasa pertama menerusi program Jelajah One Malaysia (JOM) dalam usaha membantu mereka yang tidak berkemampuan.Pegerusinya, Khairy Jamaluddin berkata program berkenaan yang akan dilaksanakan menerusi kerjasama Giat Mara memberi ruang kepada pemilik rumah yang usang dan daif untuk diperbaiki sekaligus menjana kehidupan yang selesa kepada penghuni berkenaan.
Menurut beliau pergerakan itu tidak akan memilih bulu dan tidak terhad kepada batasan agama serta kaum sebaliknya dilaksanakan berdasarkan kepada mereka yang layak dan benar-benar tidak mampu untuk membaik pulih rumah yang didiami.“Program JOM ini antara intipati utamanya adalah baik pulih rumah dan kita bekerjasama dengan Giat Mara sebagai agensi pelaksana bersama Pemuda BN di mana kita akan kenalpasti rumah yang paling usang di seluruh Malaysia tidak kira kaum serta agama dan kita akan pergi dengan bas JOM untuk baik pulih rumah yang telah dikenalpasti itu.


gambaran gotong royong JOM Pemuda BN


“Untuk fasa pertama yang akan mengambil masa tiga hingga enam bulan, kita telah membuat sasaran iaitu sebanyak 500 rumah akan dibaik pulih. Seterusnya kita akan laksanakan fasa kedua dengan tambahan bilangan rumah yang kita boleh baiki,” katanya. Ini jelas usaha Pemuda BN untuk mendekatkan diri dengan masyarakat tanpa mengira bangsa diseluruh Malaysia. Selain itu untuk merealisasikan slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” yang dilaungkan oleh PM akan tercapai. Dengan terlaksana program ini, rakyat akan lebih memahami matlamat Kerajaan BN dengan usaha sayap Pemudanya melaksanakan kerja-kerja kebajikan seperti ini.
Program julungkali dengan kerjasama Giat Mara akan meninggalkan kesan lebih mendalam ke hati peserta dan masyarakat setempat. Kerjasama agensi Kerajaan yang lain untuk merancang program-program lain yang menjurus kepada kerja-kerja kebajikan dengan kerjasama Pemuda BN akan menunjukkan kepada masyarakat setempat bahawa Agensi Kerajaan dan Parti memerintah mempunyai satu matlamat yang sama.

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing,
Jika yang berat tidak dipikul alamat bertahun
Dijunjung ke destinasi manapun ianya takkan sampai.





No comments:

Post a Comment