Tuesday, March 13, 2012

Thursday, December 15, 2011

TAK KER HARAM JADAH NAMANYA! SEBELUM NIE KUTUK MB BLACK MATELIK, MINTAK MAAF, SEKARANG HINA SULTAN PULAK!


MEMANG HARAM JADAH tak boleh berubah! tengok saja NGA KOMENG ni, baru jer caci Ds Dr Zambry Kadir seagai hitam metalik. Kan teman dah kata dia mintak maaf pun sambil senyum sinis dan irinan tawa kecil, Tak susah nak tahu, pegiler merata-rata ceramah Parti Ajaran Sesat, tentu komer akan dapat dengar balik maki hamun si Nga Komeng yang di tauliahkan Al Fadil Al ustazzz malah Khalifah Oleh PAS yang membenarkan membuat fatwa (termasuk Mengafirkan Orang Islam sendiri) membaca hadis dan menghuraikan ikut suka bapak dia, Yang paling memualkan paling pasti kita akan dengar susulan laungan takbir dan gelak ketawa orang PAS dengan setiap kali dia memaki hamun, Sunnah baru agaknya ciptaan PAS! bukan kita tak tahu sekarang ni segala apa yang boleh disandarkan oleh PAS akan diberi terutama Agama dan Bangsa sendiri kepada Tuan Besarnya DAP untuk menjualnya. Selagi tidak diherdik oleh rakyat maka selagi itu Tradisi mencacai maki akan diteruskan, bila rakyat kecoh... apa susah sangat, rakyat dibododhkan dengan meminta ampun sebaliknya makin ramai pemuja khalifah Nga Komeng yang tarak potong-potong lagi akan ikut jejak dan menggunakan Ayat Hitam Metalik di ceramah-ceramah dema, Mintak Maaf sorang tetapi yang lain pakat guna ayat Hitam metalik dimerata-rata ceramah tu macamana? memang bijak si kafir harbik ni mengguna cara bagi merealisasikan supaya makian dia akan berterusan... itu buka HARAM JADAH namanya?
Habis jer Isu menghina caci Menteri Besar Pada 9 september lalu di Taiping, kali ni dia Hina pulak Negeri Perak yang di darul Kartun kan pulak? Darul Katun yang sebelum ini dikaitkan oleh spesis sama haram jadah nie Nija pulak tak sepopular macam BOSSsebenarnya, rakyat tak mungkin dapat lupakan bila di Pasir panjang dia sendiri melancarkan buku kartun Perak Darul Kartun bagi akur dengan siap pelukisnya bagi menyempurnakan cacian Perak Darul Kartun, sekarang ni diguna pakai balik bagi tujuan menghina oleh Khalifah Ngah Komeng terhadap Darul Ridzuan di bawah pemerintahan DYMM Sultan Perak, Si Nga ni memang dah lebih... makin melampau, Bgai PAS yang tidak ada istilah kelebihan Melayu sanggup hina bangsa sendiri dengan kononnya Islam diutamakan bukan bangsa, jadi nampaknya laluan Besar untuk DAP balun selagi boleh pelbagai cara selagi mahu macam Video BALUN MADE INI CHINA, kalau menyokong jangan risau PAS memang sanggup diperkudakan DAP malah dah bagi green light boleh jual agama dan bangsa, itu sebab Kafir Harbik ni balun semacam, Apa lagi selepas ini yang nak si Haram Jadah ni nak buat dan caci, mungkin dengan beranggapan kalau sekali meungkin dema suruh mintak maaf, tapi kalau dah berkali-kali nanti dema senyap ler, orang melayu kan suka hangat-hangat taik ayam, tentang peribahasa ni PAS paling baik sebagai hamba angguk untuk di kerahkan, Hina bangsa sendiri kononnya islam diutamakan walhal yang sebenarnya Ugama turut di perdagangan dan dihinakan, memang patutler sampai sekarang islam bagi PAS perlu didaulatkan (macam sticker keta dema ler DAULATKAN ISLAM) Islam direndahkan baru nak didaulatkan padahal Islam terulung dan tiada taraf boleh disamakan, Rasulullah Nabi terakhir baru nak didaulatkan? nak cerita pasal Islam tetapi dalam masa yang sama di longgok kat kafir harbik untuk di cerca tu macamana pulak?
Apa sekali pun Haram jadah ni memang dah meampau, menghina Negeri bermakna menghina DYMM Sultan Perak memang patut ditentang, sebagai anak bangsa bagi teman jalan penyelesaian buka setakat sambil gelak-gelak dan mintak maaf! Kalau salah menteri sekali pun di minta bersara, inikan lagi berkali-kali mencaci Agama, Bangsa dan negara sendiri, ko tunggu ler bila telor tembelang nak sampai. kalau dah berani nak sangat mencaci... Jangan ler didepan penyokong PAS yang akan angguk dan bertalbir sepanjang masa, mai la di kem-kem Polis, tentera, Kampung-kampung Melayu adanya. Tak dapat tembelang memang saja ler! tarak ampun-ampun lu buat lu tanggung! &%#@#$$@#$$#@ KAHAK PTUI!

DISALIN, DI COPY DAN DIPUBLISH DGN IZIN

Tuesday, December 21, 2010

PERPECAHAN BANGSA?


Assalamualaikum…..

Salam 1Malaysia.

Terima Kasih kepada semua yang sudi singgah ke Ruangan Senam Otak aku ini.

Angguk-angguk Geleng-geleng….. membicarakan perihal kehidupan kita untuk sama-sama kita fikir dan sama-sama kita laksanakan. Demi kebaikan dan kemajuan bersama Insya Allah…..

Hari ini aku lebih berminat untuk membicarakan tentang perpecahan bangsa (kaum). Untung atau rugi dan pentingkah perpaduan dari skop keamanan dan kekuatan bangsa itu sendiri. Jika kita kaji dan perhatikan sendiri perpecahan yang wujud sekarang berpunca dari mana? Adakah hanya kerana fahaman politik semata-mata? Atau ada factor-faktor lain yang menyumbang kepada perpecahan tersebut?..... Aku cuba lontarkan pandangan dari skop kacamata aku dan dari pergaulan seharian untuk sama-sama kita bincangkan. Mungkin ini juga salah satu penyebab perpecahan yang berlaku dikala ini

~ FANATIK KEPADA PARTI POLITIK.

Banyak pecahan berlaku apabila wujud parti-parti di Malaysia yang berasaskan kaum, fahaman agama, perbagai kaum dan juga ideologi yang berbeza. Terdapat 30 buah parti yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia . Dari 30buah parti itu terbahagi kepada 2 kumpulan besar iaitu Barisan Nasional yang memerintah terdiri dari gabungan Parti yang bersekutu untuk menubuhkan kerajaan setelah memenangi jumlah majoriti di dalam Parlimen dan satu lagi adalah gabungan parti-parti yang menjadi pakatan pembangkang di dalam Parlimen. Setelah wujud banyak parti-parti yang berbeza ideology dan berbeza dasar perjuangan bermakna ahli-ahli dan pengikutnya mempunyai kata-kata dan pemahaman yang tidak sama. Agen kepada pepecahan.

~ FANATIK KEPADA PEMIMPIN ATAU INDIVIDU YANG MENGETUAI SATU-SATU KUMPULAN (PARTI POLITIK MAHUPUN KUMPULAN LAIN)

Kebiasaanya jika ada parti atau kumpulan maka adalah pemimpin atau ketua yang mengetuai parti atau kumpulan tersebut. Sekiranya parti, pertubuhan, kelab atau persatuan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) aka nada pemilihan untuk memilih pucuk pimpinan sama ada setahun atau beberapa tahun sekali. Ianya akan berlaku melibatkan sama ada di peringkat Cawangan, Ranting, Bahagian atau peringkat Pusat atau Kebangsaan. Jika ada pertandingan, pastinya akan wujud team atau kem-kem yang menyokong mana-mana calon yang bertanding. Kebiasaannya yang akan menjadi penyakit utama yang menyebabkan pepecahan ini adalah apabila team atau kem-kem dari calon yang kalah terus beroperasi selepas pemilihan hanya untuk memastikan calon yang menang jatuh dan kalah di Pemilihan yang akan datang.

Apa yang menjadikan ianya bertambah parah apabila kumpulan yang kalah akan memburuk-burukan pemenang dan juga pengikut-pengikutnya dan kaedahnya tidak terhad dari mulut ke mulut. Sebaliknya mereka akan mengunakan Media Baru (ICT), Surat Layang atau mengupah penulis-penulis buku politik dan mereka cerita yang boleh memburukkan dan menjatuhkan reputasi musuh politik mereka. Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi pengikut mereka untuk membenci pihak lawan. Agen kepada perpecahan.

~ KECEWA ATAU TIDAK BERPUASHATI KEPADA PEMIMPIN ATAU PARTI.

Perasaan ini hampir sama seperti kudis yang tidak dirawat dan akhirnya menjadi tokak atau cabuk. Kumpulan ini akan sentiasa melahirkan ayat-ayat tidak bersetuju dengan dasar dan keputusan yang dibuat oleh pemimpin atau parti. Ianya juga akan menjadi lebih bahaya jika mereka sentiasa bercakap ayat-ayat berunsur protes dan tidak mustahil akan meracuni pemikiran pihak ketiga yang hanya menerima kata-kata kumpulan ini. Agen kepada perpecahan.

~ PIHAK ATAS PAGAR

Kebiasaannya terdiri pada mereka yang rutin sehariannya sibuk dengan urusan sendiri tanpa mengambil tahu tentang senario politik atau perjalanan politik seharian. Mungkin pada sesetengah orang politik mengatakan kelompok ini tidak merbahaya dan mungkin seperti pelakon tambahan di dalam drama atau filem. Tetapi mereka juga adalah sebahagiaan daripada kumpulan pepecahan.

Pepecahan bangsa ini wujub bukan hanya dikalangan bangsa melayu sahaja. Tetapi melibatkan semua bangsa di Malaysia. Apa yang jelas keadaan ini merupakan gambaran kepada kekuatan parti politik yang tidak stabil diantara yang memerintah mahupun yang membangkang. Ianya boleh menyumbang kepada penjajahan dan pencerobohan pihak asing jika pepecahan sesama kita kian ketara. Jika tidak dijajah secara kuasa memerintah, penjajahan minda juga amat membahayakan kita dan generasi akan datang.

Kenapa ianya akan mudah berlaku? Jika ada perpecahan maka terhakislah kesetiaan dan akan wujudlah pengkhianatan. Percayalah jika masalah ini tidak dibendung atau tidak dirawat, satu hari nanti generasi akan membenci dan tidak menghargai hasil kerja kita. Fikir-fikirkan lah…….

ANGGUK-ANGGUK ~ GELENG-GELENG

~BERSATULAH DAN KEMBALILAH KITA DALAM SATU KATA SATU HATI DEMI KESTABILAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA.~



Sunday, December 12, 2010

PROGRAM JELAJAH ONE MALAYSIA PEMUDA BARISAN NASIONAL BUKTI PEMUDA TIDAK LESU



Assalamualaikum

Sahabat, Kawan-kawan, Baru nak kenal dan juga Musuh yang sudi membaca dan menjelajah ruang pemikiran aku seorang GURKHA


Pemuda Barisan Nasional (BN) mensasarkan 500 buah rumah untuk dibaik pulih pada fasa pertama menerusi program Jelajah One Malaysia (JOM) dalam usaha membantu mereka yang tidak berkemampuan.Pegerusinya, Khairy Jamaluddin berkata program berkenaan yang akan dilaksanakan menerusi kerjasama Giat Mara memberi ruang kepada pemilik rumah yang usang dan daif untuk diperbaiki sekaligus menjana kehidupan yang selesa kepada penghuni berkenaan.

Menurut beliau pergerakan itu tidak akan memilih bulu dan tidak terhad kepada batasan agama serta kaum sebaliknya dilaksanakan berdasarkan kepada mereka yang layak dan benar-benar tidak mampu untuk membaik pulih rumah yang didiami.“Program JOM ini antara intipati utamanya adalah baik pulih rumah dan kita bekerjasama dengan Giat Mara sebagai agensi pelaksana bersama Pemuda BN di mana kita akan kenalpasti rumah yang paling usang di seluruh Malaysia tidak kira kaum serta agama dan kita akan pergi dengan bas JOM untuk baik pulih rumah yang telah dikenalpasti itu.



gambaran gotong royong JOM Pemuda BN

“Untuk fasa pertama yang akan mengambil masa tiga hingga enam bulan, kita telah membuat sasaran iaitu sebanyak 500 rumah akan dibaik pulih. Seterusnya kita akan laksanakan fasa kedua dengan tambahan bilangan rumah yang kita boleh baiki,” katanya. Ini jelas usaha Pemuda BN untuk mendekatkan diri dengan masyarakat tanpa mengira bangsa diseluruh Malaysia. Selain itu untuk merealisasikan slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” yang dilaungkan oleh PM akan tercapai. Dengan terlaksana program ini, rakyat akan lebih memahami matlamat Kerajaan BN dengan usaha sayap Pemudanya melaksanakan kerja-kerja kebajikan seperti ini.

Program julungkali dengan kerjasama Giat Mara akan meninggalkan kesan lebih mendalam ke hati peserta dan masyarakat setempat. Kerjasama agensi Kerajaan yang lain untuk merancang program-program lain yang menjurus kepada kerja-kerja kebajikan dengan kerjasama Pemuda BN akan menunjukkan kepada masyarakat setempat bahawa Agensi Kerajaan dan Parti memerintah mempunyai satu matlamat yang sama.

WASSALAM


ANGGUK-ANGGUK GELENG-GELENG

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing,

Jika yang berat tidak dipikul alamat bertahun

Dijunjung ke destinasi manapun ianya takkan sampai.






ANTARA LEGASI, KETOKOHAN DAN PILIHAN RAKYAT ATAU MANGSA KEADAAN DAN MANGSA KOMPLOT




Assalamualaikum

Sahabat, Kawan-kawan, Baru nak kenal dan juga Musuh yang sudi membaca dan menjelajah ruang pemikiran aku seorang GURKHA.

Aku tertarik untuk berfikir tentang maksud LEGASI maksud KETOKOHAN dan juga maksud PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT. Begitu juga maksud MANGSA KEADAAN mahupun maksud MANGSA KOMPLOT. Mengapa?.... Semua kita telah ketahui Pemimpin UMNO peringkat tertinggi ada galur dan jalurnya dan rentetan bagaimana mereka boleh sampai ke “PUNCAK”.

Bila diperhatikan juga kebanyakkan anak bekas Presiden UMNO pastinya akan menyambung Legasi bapanya. Sebagai contoh Perdana Menteri ke 6 adalah anak kepada Perdana Menteri ke 2. Begitu juga dengan Menteri Keselamatan Dalam Negeri adalah anak kepada Perdana Menteri ke 3. Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri adalah anak kepada Perdana Menteri ke 4.

Persoalannya adakah mereka semua ini benar-benar menyambung Legasi Ayahanda mereka? Adakah mereka benar-benar mempunyai ketokohan dan menjadi Pemimpin Pilihan Rakyat? Benar! Ada antara mereka memang mempunyai ketokohan dan sememangnya layak untuk berada di posisi mereka sekarang. Mereka layak bukan kerana darah dan juga bukan kerana keturunan…. Tetapi kerana diri mereka sendiri. Adakah kata aku ni betul?.....

Namun aku terpanggil untuk memandang kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Saudara Khairy Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai KJ. Beliau merupakan Pemimpin pemuda yang memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan 3 penjuru yang lepas dan turut melibatkan seorang anak bekas PM dan seorang lagi merupakan bekas Menteri Besar. Beliau memenangi jawatan tersebut kerana mendapat undian tertinggi dari Perwakilan Bahagian ketika itu. Pada aku beliau menang dipilih dan bukan kerana beliau anak menantu bekas PM ke 5. Kerana lawan beliau ketika itu ada juga anak bekas PM.

Namun persoalannya adakah beliau menang tetapi tidak diiktiraf Presiden atau beliau calon bukan pilihan Presiden hingga nama beliau tercicir dari pandangan PM untuk meletakkan di mana-mana jawatan di Kabinet. Pada aku, beliau adalah seorang yang benar-benar menjadi mangsa keadaan. Dalam pada itu juga beliau telah menjadi mangsa komplot…. Kenapa? Semua orang tahu Ketua Puteri dilantik Jawatan Timbalan Menteri Kesihatan, Ketua Wanita dilantik jawatan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat walaupun kalah semasa PRU12. Naib Ketua Pemuda telah dilantik menjadi Timbalan Menteri KBS. Namun yang paling mengejutkan calon yang kalah semasa pemilihan itu telah dilantik menjadi Timbalan Menteri. Adakah kerana ketokohan, kewibawaan dan menjadi pilihan?

Pada pandangan aku yang logik akalnya KJ yang merupakan Ahli Parlimen Rembau tetap mempunyai ketokohannya yang tersendiri. Jika beliau bukan pemimpin yang menjadi pilihan rakyat, kenapa pengundi Rembau memilih beliau? Jika ada mengatakan kerana beliau menantu Pak Lah, boleh tak kalau aku nak kata PM menang di pekan kerana beliau anak kepada Tun Razak? Dato’ Seri Hishamuddin menang di Sembrong kerana beliau adalah anak Perdana Menteri ke 3? Dan Juga Dato’ Mukhriz menang di Jerlun kerana beliau adalah anak kepada Tun Mahathir? Adalah tidak adil jika kita mengatakan mereka semua ini menang kerana darah mahupun keturunan. Pada aku mereka semua menang kerana mereka membawa identity dan mereka memang ada ketokohan mereka sendiri.

Atas kata-kata aku ini juga jelas apa yang ada di kepala aku bahawa KJ memang ada ketokohannya sendiri tetapi beliau menjadi mangsa keadaan. Beliau merupakan pemimpin muda yang amat cekal, berani dan tabah….. kenapa? Dalam keadaan beliau yang tidak diberi ruang untuk bersama-sama Jemaah Menteri yang lain untuk mentadbir Negara, beliau masih tabah menjaga Pemuda dalam keadaan yang amat sukar. Setiap hari dibelasah oleh blogger-blogger “upahan” untuk sentiasa memburukkan beliau di Alam Maya. Terdapat banyak blog-blog yang menghentam beliau. Begitu juga di dalam laman sosial Facebook dan Twitter yang wujud pemegang akaun yang hari-harinya hanya menghentam dan memfitnah beliau. Namun atas ketabahannya beliau tetap menjalankan tugasnya.

Beliau tidak pernah putus asa untuk berbakti dan paling memualkan bila semua kerja beliau mendapat kutukan dan tidak senang dipandangan makhluk upahan ini. Cukuplah beliau terpaksa berdepan dengan Pihak Pembangkang di Parlimen dan di Kawasan beliau….. kenapa mesti wujud kumpulan-kumpulan yang kononnya pejuang parti tetapi layaknya seperti pengkhianat yang setiap hari mencipta cerita untuk menjatuhkan beliau. Kepada mereka yang menaja, membiayai dan menjadi “tuan” kepada hantu raya ini, cukuplah…. Tunggulah pemilihan yang akan datang. Bertandinglah dan gunakan kebijaksanaan anda untuk menang. Bukan dengan membuat dosa seperti ini.

Kepada YB Khairy Jamaluddin, teruskan perjuangan untuk membela Pemuda dan teruskan agenda demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Wassalam

Angguk-angguk Geleng-geleng
Pedas di lidah terkena cili
Pedih di hati memupuk benci

Tuesday, June 22, 2010


UMNO HARUS RELEVEN HARI INI

ESOK DAN SELAMA-LAMANYA


UMNO mestilah terus dilihat sebagai sebuah parti yang releven dengan kehendak generasi masa depan. Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946 dalam suasana yang serba kekurangan dan kedaifan hari ini sudah berjaya memacu dan mengangkat martabat kaum Melayu yang selama ini dianggap kumpulan kaum paling miskin dan paling mundur di Malaysia.


Kaum-kaum lain yang datang kemudian lebih maju dan lebih berjaya dalam segi ekonomi , sosial dan politik. Ini kerana mereka berjaya menguasai ekonomi negara kita. Melayu terus bercakaran. Bukan sahaja antara parti seperti Pas dan Umno tetapi dalam parti Umno sendiripun kita masih bercakaran.

Setelah 53 tahun merdeka, apa yang Umno tak bagi dengan orang Melayu? Dari dalam perut ibu lagi Umno telah menjaga kebajikan mereka, lahir pun bidan kerajaan yang sambut, anak dijaga sehingga besar , Umno memberi persekolahan dan sampai nak kahwin pun kadang-kadang minta bantuan wakil rakyat Umno.

Contohnya satu ketika dahulu disebut RTBK (Rancangan Tanah Belia Berkelompok) Remaja Melayu dicarikan isteri dan diberikan tanah untuk diusahakan seperti mana Felda. Rumah dan lain-lain frasarana disediakan oleh Umno.

Dahulu kita sering mendengar berita kematian anak atau ibu sewaktu bersalin, Umno telah bangunkan klinik-klinik bidan atau klinik desa dengan meletakkan tanggung jawab kepada jururawat untuk bekerja tanpa mengira waktu untuk menyambut setiap kelahiran bayi. Ibu yang disahkan mengandung dijaga kesihatannya supaya kandungan sentiasa dalam keadaan sihat. Ini kerana setiap kelahiran anak-anak melayu kampung adalah aset kepada negara.

Hari ini beribu-ribu CEO dan pemimpin- pemimpin negara dan atau tokoh-tokoh politik dan koperat yang lahirnya disambut oleh bidan-bidan kerajaan yang bertugas di kampung-kampung.

Apabila kita sebut semua ini, pembangkang akan berkata " itu tanggungjawab kerajaan". Generasi muda mudah percaya kepada propaganda pembangkang dan mereka langsung tidak menghargai apa juga usaha yang Umno lakukan untuk orang Melayu selama ini.

Pembangkang menafikan kononnya wang tersebut bukan wang Umno tetapi wang rakyat. Pembangkang harus sedar bahawa sejak manifesto PRU pertama Umno dan BN telah berjanji untuk melaksanakan kewajipan mereka, dan ia telah membuktikan selama 50 tahun semua janjinya telah ditunaikan, malah lebih dari apa yang ada dalam manifesto tersebut. Itulah mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Umno dan BN hari ini.

Pembangkang terus mencari ruang untuk menyanggah segala usaha Umno yang telah banyak berjasa kepada rakyat. Umno adalah juara rakyat. Oleh itu dalam PRU 11 BN mencatat sejarah kerana mendapat mandat rakyat. BN menang hampir semua kerusi Parlimen dan Negeri.

Akan tetapi dengan perkembangan teknologi yang dibangunkan oleh kerajaan , pembangkang telah menggunakannya untuk menyerang pemikiran rakyat supaya menolak BN. Mereka menggunakan teknologi IT dimana blog, Facebook, scrol, diggby, myspace. friendster, twitter dan pelbagai lagi untuk menghasut dan meracun pemikiran rakyat dengan melabelkan kerajaan BN sebagai perompak, penipu, rasuah dan sebagainnya.

Kini tiba lah masa dan ketikanya Umno harus bangkit dan melawan serta menyerang tohmahan pihak pembangkang menerusi laman blog, facebook, twitter dan sebagainya. Kita tidak boleh berharapkan seorang dua sahaja yang melakukannya.

Semua peringkat kepimpinan Umno dan akar umbi hendaklah bijak menggunakan teknologi ini untuk menangkis dan berhujah dengan pembangkang.

Tak cukup jika kita berharapkan blogger-blogger penyokong Bn sahaja. Orang Umno dan BN harus bangkit dan bergerak seiring dengan pembangkang yang terlebih kehadapan dalam IT. Kita harus ingat siapa yang membawa kemajuan IT di negara ini, siapa yang membangunkan Cyber Jaya?

Untuk terus releven Umno kenalah maju setapak ke hadapan dalam meraih undi 60 % pengundi muda yang usianya dibawah 40 tahun. Tidak cukup kita hanya mengharapkan DS Najib seorang sahaja yang mendekati rakyat dengan Facebook. Kita, pemimpin diperingkat Bahagian dan cawangan pun kena ada Facebook, Blog dan Twitter sekurang-kurangnya.

Kita tidak boleh lagi berada dalam tahap lama dan cara lama. Kita kena berubah dan terus maju ke depan. Bukan bercakaran sesama sendiri untuk merebut jawatan dalam parti. Apa ertinya jika kita berbangga menjadi Ketua Cawangan atau Ketua Bahagian sedangkan semua kerusi kita dimenangi oleh pembangkang.

11 bulan kita diuji. Dewan orang ramai yang kita bina , kita lengkapkan dengan kerusi meja, tiba-tiba selepas kita kalah, semua dirampas, pintu dewan ditukarkan kuncinya. magga dikunci dua tiga lapis. Umno kembalik seperti tahun 1946 bermesyuarat di bawah rumah. Itu baru 11 bulan kita diuji.

Terima kasih kepada YB Kapten (B) Osman Jailu Adun Changkat Jering yang bertaubat Nasuha dan kembali menyokong kita, begitu juga dengan YB Jamaluddin dan YB Dato Hee dan terkini Adun Malim Nawar. Tanpa mereka yang menyokong BN, Umno tak akan kembali berkuasa di Perak.( YB Osman Jailu turut hadir )

Apa yang menyedihkan apabila kita berkuasa kembali kita menganggap busines as usual segala-galanya pulih a situation that has returned to its usual state again after an unpleasant or surprising event .

Kita pun mula bercakaran, tikam belakang kawan, tak mengiktiraf kepimpinan yang baru dan menganggap kepimpinan kita dahulu lebih baik.

Kita mula bercakap disana sini mengenai rakan kita dalam parti. kita lupa bahawa pembangkang sentiasa memasang telinga dan mengutip bahan-bahan untuk dijadikan peluru dalam membelasah kita sewaktu PRU.

Setiap pemimpin parti harus ingat bahawa jawatan yang kita sandang adalah satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dan ia bersifat sementara. Jika kita kita tidak digemari oleh orang bawah, mereka berhak untuk menukarkan kita setiap 3 tahun bila pemilihan. Itu peringat kepimpinan bahagian, ia sama juga dengan peringkat cawangan. Apa guna kita bermegah dengan jawatan jika negeri kita diperintah oleh orang lain.

Bukit Gantang dahulunya kubu kuat BN tetapi kita kalah 2 kali dalam PRU dan PRK. Kalah bukan kerana PKR kuat, kalah bukan kerana Pas kuat, kalah bukan kerana Dap kuat, tetapi kita kalah kerana kita tidak bersatu.

YB Kapt (B) Osman Jailu pun tak sangka bahawa dia akan menang. Begitu juga bekas-bekas exco Dap. Mereka pun tak sangka akan menang besar dan menjadi exco. Mereka main-main sahaja. Akan tetapi setelah merasa manisnya kuasa mereka cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kuasa mereka dalam PRK P59.

Mereka bersatu dan menang. Kita terus lemah dan berpecah. Inilah punca kekalahan kita. Kita kalah bukan kerana mereka kuat, kita kalah kerana kita tidak bersatu.

Marilah sama-sama kita bersatu dan bekerja serta menyokong kepimpinan DS Najib. Tanpa DS Najib Perak tidak akan kembali kepada BN. Itulah kelebihan kepimpinan Najib yang mengalir darah Tun Razak.

Tun Razak terkenal dengan kebijaksanaan dalam berpolitik dan dalam perundingan. Hari ini Najib mewarisi kebijaksaan Allahyarham Tun Abdul Razak.

Kita tidak boleh membiarkan Najib seorang sahaja dalam mempertahankan Umno melalui media baru. Kita diperingkat bawah pun hendaklah memanfaatkan segala bentuk teknologi yang ada untuk meraih hati rakyat.

Demikian sebahagian intipati Ucapan Perasmian Persidangan Tahunan Umno Bukit Gatang Perak pada 19 Jun 2010 yang lalu oleh YB Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi. Naib Presiden Umno yang pertama dari Perak. - TM melaporkan dari Dewan SM Tengku Menteri. 19 Jun 2010.