Sunday, December 12, 2010

ANTARA LEGASI, KETOKOHAN DAN PILIHAN RAKYAT ATAU MANGSA KEADAAN DAN MANGSA KOMPLOT



Assalamualaikum

Sahabat, Kawan-kawan, Baru nak kenal dan juga Musuh yang sudi membaca dan menjelajah ruang pemikiran aku seorang GURKHA.

Aku tertarik untuk berfikir tentang maksud LEGASI maksud KETOKOHAN dan juga maksud PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT. Begitu juga maksud MANGSA KEADAAN mahupun maksud MANGSA KOMPLOT. Mengapa?.... Semua kita telah ketahui Pemimpin UMNO peringkat tertinggi ada galur dan jalurnya dan rentetan bagaimana mereka boleh sampai ke “PUNCAK”.

Bila diperhatikan juga kebanyakkan anak bekas Presiden UMNO pastinya akan menyambung Legasi bapanya. Sebagai contoh Perdana Menteri ke 6 adalah anak kepada Perdana Menteri ke 2. Begitu juga dengan Menteri Keselamatan Dalam Negeri adalah anak kepada Perdana Menteri ke 3. Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri adalah anak kepada Perdana Menteri ke 4.

Persoalannya adakah mereka semua ini benar-benar menyambung Legasi Ayahanda mereka? Adakah mereka benar-benar mempunyai ketokohan dan menjadi Pemimpin Pilihan Rakyat? Benar! Ada antara mereka memang mempunyai ketokohan dan sememangnya layak untuk berada di posisi mereka sekarang. Mereka layak bukan kerana darah dan juga bukan kerana keturunan…. Tetapi kerana diri mereka sendiri. Adakah kata aku ni betul?.....

Namun aku terpanggil untuk memandang kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Saudara Khairy Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai KJ. Beliau merupakan Pemimpin pemuda yang memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan 3 penjuru yang lepas dan turut melibatkan seorang anak bekas PM dan seorang lagi merupakan bekas Menteri Besar. Beliau memenangi jawatan tersebut kerana mendapat undian tertinggi dari Perwakilan Bahagian ketika itu. Pada aku beliau menang dipilih dan bukan kerana beliau anak menantu bekas PM ke 5. Kerana lawan beliau ketika itu ada juga anak bekas PM.

Namun persoalannya adakah beliau menang tetapi tidak diiktiraf Presiden atau beliau calon bukan pilihan Presiden hingga nama beliau tercicir dari pandangan PM untuk meletakkan di mana-mana jawatan di Kabinet. Pada aku, beliau adalah seorang yang benar-benar menjadi mangsa keadaan. Dalam pada itu juga beliau telah menjadi mangsa komplot…. Kenapa? Semua orang tahu Ketua Puteri dilantik Jawatan Timbalan Menteri Kesihatan, Ketua Wanita dilantik jawatan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat walaupun kalah semasa PRU12. Naib Ketua Pemuda telah dilantik menjadi Timbalan Menteri KBS. Namun yang paling mengejutkan calon yang kalah semasa pemilihan itu telah dilantik menjadi Timbalan Menteri. Adakah kerana ketokohan, kewibawaan dan menjadi pilihan?

Pada pandangan aku yang logik akalnya KJ yang merupakan Ahli Parlimen Rembau tetap mempunyai ketokohannya yang tersendiri. Jika beliau bukan pemimpin yang menjadi pilihan rakyat, kenapa pengundi Rembau memilih beliau? Jika ada mengatakan kerana beliau menantu Pak Lah, boleh tak kalau aku nak kata PM menang di pekan kerana beliau anak kepada Tun Razak? Dato’ Seri Hishamuddin menang di Sembrong kerana beliau adalah anak Perdana Menteri ke 3? Dan Juga Dato’ Mukhriz menang di Jerlun kerana beliau adalah anak kepada Tun Mahathir? Adalah tidak adil jika kita mengatakan mereka semua ini menang kerana darah mahupun keturunan. Pada aku mereka semua menang kerana mereka membawa identity dan mereka memang ada ketokohan mereka sendiri.

Atas kata-kata aku ini juga jelas apa yang ada di kepala aku bahawa KJ memang ada ketokohannya sendiri tetapi beliau menjadi mangsa keadaan. Beliau merupakan pemimpin muda yang amat cekal, berani dan tabah….. kenapa? Dalam keadaan beliau yang tidak diberi ruang untuk bersama-sama Jemaah Menteri yang lain untuk mentadbir Negara, beliau masih tabah menjaga Pemuda dalam keadaan yang amat sukar. Setiap hari dibelasah oleh blogger-blogger “upahan” untuk sentiasa memburukkan beliau di Alam Maya. Terdapat banyak blog-blog yang menghentam beliau. Begitu juga di dalam laman sosial Facebook dan Twitter yang wujud pemegang akaun yang hari-harinya hanya menghentam dan memfitnah beliau. Namun atas ketabahannya beliau tetap menjalankan tugasnya.

Beliau tidak pernah putus asa untuk berbakti dan paling memualkan bila semua kerja beliau mendapat kutukan dan tidak senang dipandangan makhluk upahan ini. Cukuplah beliau terpaksa berdepan dengan Pihak Pembangkang di Parlimen dan di Kawasan beliau….. kenapa mesti wujud kumpulan-kumpulan yang kononnya pejuang parti tetapi layaknya seperti pengkhianat yang setiap hari mencipta cerita untuk menjatuhkan beliau. Kepada mereka yang menaja, membiayai dan menjadi “tuan” kepada hantu raya ini, cukuplah…. Tunggulah pemilihan yang akan datang. Bertandinglah dan gunakan kebijaksanaan anda untuk menang. Bukan dengan membuat dosa seperti ini.

Kepada YB Khairy Jamaluddin, teruskan perjuangan untuk membela Pemuda dan teruskan agenda demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Wassalam


Pedas di lidah terkena cili
Pedih di hati memupuk benci

1 comment:

  1. pelik kan...agaknya beratus-ratus blogger tu buta, tak pandai baca dan mengira...agaknya fakta-fakta si KJ ni kaki telan duit tu sume tipu...nak pertahan sangat,bukan dari pihak kita jek,pihak pembangkang pun guna point yang sama,jadik punca pulak kalah tempat lain...memang dia menang kat rembau,tapi orang pilih dia ke pilih umno?

    ReplyDelete