Tuesday, December 21, 2010

PERPECAHAN BANGSA?


-->
Assalamualaikum…..
Salam 1Malaysia.
Terima Kasih kepada semua yang sudi singgah ke Ruangan Senam Otak aku ini.
AKU….. membicarakan perihal kehidupan kita untuk sama-sama kita fikir dan sama-sama kita laksanakan. Demi kebaikan dan kemajuan bersama Insya Allah…..
Hari ini aku lebih berminat untuk membicarakan tentang perpecahan bangsa (kaum). Untung atau rugi dan pentingkah perpaduan dari skop keamanan dan kekuatan bangsa itu sendiri. Jika kita kaji dan perhatikan sendiri perpecahan yang wujud sekarang berpunca dari mana? Adakah hanya kerana fahaman politik semata-mata? Atau ada factor-faktor lain yang menyumbang kepada perpecahan tersebut?..... Aku cuba lontarkan pandangan dari skop kacamata aku dan dari pergaulan seharian untuk sama-sama kita bincangkan. Mungkin ini juga salah satu penyebab perpecahan yang berlaku dikala ini
~ FANATIK KEPADA PARTI POLITIK.
Banyak pecahan berlaku apabila wujud parti-parti di Malaysia yang berasaskan kaum, fahaman agama, perbagai kaum dan juga ideologi yang berbeza. Terdapat 30 buah parti yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia . Dari 30buah parti itu terbahagi kepada 2 kumpulan besar iaitu Barisan Nasional yang memerintah terdiri dari gabungan Parti yang bersekutu untuk menubuhkan kerajaan setelah memenangi jumlah majoriti di dalam Parlimen dan satu lagi adalah gabungan parti-parti yang menjadi pakatan pembangkang di dalam Parlimen. Setelah wujud banyak parti-parti yang berbeza ideology dan berbeza dasar perjuangan bermakna ahli-ahli dan pengikutnya mempunyai kata-kata dan pemahaman yang tidak sama. Agen kepada pepecahan.
~ FANATIK KEPADA PEMIMPIN ATAU INDIVIDU YANG MENGETUAI SATU-SATU KUMPULAN (PARTI POLITIK MAHUPUN KUMPULAN LAIN)
Kebiasaanya jika ada parti atau kumpulan maka adalah pemimpin atau ketua yang mengetuai parti atau kumpulan tersebut. Sekiranya parti, pertubuhan, kelab atau persatuan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) aka nada pemilihan untuk memilih pucuk pimpinan sama ada setahun atau beberapa tahun sekali. Ianya akan berlaku melibatkan sama ada di peringkat Cawangan, Ranting, Bahagian atau peringkat Pusat atau Kebangsaan. Jika ada pertandingan, pastinya akan wujud team atau kem-kem yang menyokong mana-mana calon yang bertanding. Kebiasaannya yang akan menjadi penyakit utama yang menyebabkan pepecahan ini adalah apabila team atau kem-kem dari calon yang kalah terus beroperasi selepas pemilihan hanya untuk memastikan calon yang menang jatuh dan kalah di Pemilihan yang akan datang.
Apa yang menjadikan ianya bertambah parah apabila kumpulan yang kalah akan memburuk-burukan pemenang dan juga pengikut-pengikutnya dan kaedahnya tidak terhad dari mulut ke mulut. Sebaliknya mereka akan mengunakan Media Baru (ICT), Surat Layang atau mengupah penulis-penulis buku politik dan mereka cerita yang boleh memburukkan dan menjatuhkan reputasi musuh politik mereka. Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi pengikut mereka untuk membenci pihak lawan. Agen kepada perpecahan.
~ KECEWA ATAU TIDAK BERPUASHATI KEPADA PEMIMPIN ATAU PARTI.
Perasaan ini hampir sama seperti kudis yang tidak dirawat dan akhirnya menjadi tokak atau cabuk. Kumpulan ini akan sentiasa melahirkan ayat-ayat tidak bersetuju dengan dasar dan keputusan yang dibuat oleh pemimpin atau parti. Ianya juga akan menjadi lebih bahaya jika mereka sentiasa bercakap ayat-ayat berunsur protes dan tidak mustahil akan meracuni pemikiran pihak ketiga yang hanya menerima kata-kata kumpulan ini. Agen kepada perpecahan.
~ PIHAK ATAS PAGAR
Kebiasaannya terdiri pada mereka yang rutin sehariannya sibuk dengan urusan sendiri tanpa mengambil tahu tentang senario politik atau perjalanan politik seharian. Mungkin pada sesetengah orang politik mengatakan kelompok ini tidak merbahaya dan mungkin seperti pelakon tambahan di dalam drama atau filem. Tetapi mereka juga adalah sebahagiaan daripada kumpulan pepecahan.
Pepecahan bangsa ini wujub bukan hanya dikalangan bangsa melayu sahaja. Tetapi melibatkan semua bangsa di Malaysia. Apa yang jelas keadaan ini merupakan gambaran kepada kekuatan parti politik yang tidak stabil diantara yang memerintah mahupun yang membangkang. Ianya boleh menyumbang kepada penjajahan dan pencerobohan pihak asing jika pepecahan sesama kita kian ketara. Jika tidak dijajah secara kuasa memerintah, penjajahan minda juga amat membahayakan kita dan generasi akan datang.
Kenapa ianya akan mudah berlaku? Jika ada perpecahan maka terhakislah kesetiaan dan akan wujudlah pengkhianatan. Percayalah jika masalah ini tidak dibendung atau tidak dirawat, satu hari nanti generasi akan membenci dan tidak menghargai hasil kerja kita. Fikir-fikirkan lah…….

~BERSATULAH DAN KEMBALILAH KITA DALAM SATU KATA SATU HATI DEMI KESTABILAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA.~


No comments:

Post a Comment