Friday, November 1, 2013

SAMPAI BILA SAMPAI BILA SAMPAI BILA.....????

Pernahkah kita berfikir, apakah yang dilakukan dan apakah yang difikirkan oleh Anwar ibrahim ketika ini? Adakah dia dalam keadaan selesa setelah kegagalannya untuk menukar kerajaan semasa PRU13. Pernahkah kita tahu apa yang ada di dalam hatinya? adakah dia berdiam diri setelah gagal... adakah dia sekarang sedang membelai rambut Wan Azizah dan bersenang lenang di ruang tamu rumahnya. Atau menonton cerita Hindi di televisyen.

Pernahkah kita tahu apa yang sedang difikirkan oleh Lim Kit Siang? Apakah disembangkan oleh Lim Guan Eng bersama penasihat-penasihatnya? Doa apakah yang dibacakan oleh Nik Aziz selepas solat hajatnya? Apakah yang ada di dalam pemikiran Karpal Singh semasa berada di atas kerusi roda sembil ditolak oleh Gobind Deo. Apakah yang sedang bermain dalam fikiran Haji Hadi selepas makan hidangan makan malamnya? Adakah fikiran mereka semua ini sama? Adakah mereka ini sebenar-benar pakatan yang sepakat?

Yang pasti matlamat mereka sama.... mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Namun tahukah kita adakah jika ditakdirkan mereka berjaya, adakah mereka akan menjadi satu kumpulan yang bekerjasama atau sebaliknya? Pernahkah kita tahu tentang matlamat sebenar mereka. Anwar dengan Liberal dan Pluralismnya. Lim Guan Eng dan Kit Siang dengan Sosialisnya. Hadi dan Nik Aziz dengan Hudud PAS yang tak pernah menjadinya..... adakah ini namanya pakatan?
Apakah ini yang digelar kerjasama? Apakah ini yang di panggil Kumpulan? 

Sampai bila agaknya mereka akan terus menipu? memperdaya dan akhirnya memperbodohkan pengikut fanatiknya. Mungkin ramai pengikutnya sedar dan tahu penipuan dan sedar mereka sedang diperbodohkan.... Namun atas rasa tidak berpuas hati dan rasa memberontak mereka masih bersama dengan si penipu dan terus berada di dalam lingkungan kebodohan yang nyata. Sampai bila sampai bila dan sampai bilakah??????

No comments:

Post a Comment