Saturday, April 19, 2014

MESYUARAT AGONG UNTUK MEMPERBAHARUI USUL????

Demam mesyuarat agung cawangan cawangan kembali untuk tahun ini. Seperti biasa usul usul dan cadangan dari cawangan dibahaskan. Usul lama tertinggal dan usul baru diperkatakan. Tetapi yang seperti biasa, usul lama tertinggal, usul baru dibawa...

Berpolitik hanya untuk bermesyuarat tanpa ada usaha melunaskan usul yang dibentangkan oleh ahli ahli cawangan. Sedih.... inikah yang dijuangkan oleh UMNO? Wadah perjuangan berasaskan Alif Ba Ta?

Umno telah masuk era Transformasi Politik.... adakah mentaliti pemimpin yang menang pemilihan sedar apa maksud TRANSFORMASI dan sedar mereka masih syok sendiri dan masih mengekalkan tradisi mesyuarat mesyuarat tanpa perlaksanaan untuk menyelesaikannya.

Sedarlah... kita berpolitik untuk bangsa, bukannya untuk poket sendiri. Ubahlah......

1 comment:

  1. Bawalah usul yg dpt membantu golongan muda, tua, ibu tunggal serta fakir miskin...mereka memerlukan kerajaan yg dapat membela nasib dan kehidupan mereka..kpd pemimpin yg tk boleh ditegur...akan sampai masa nanti anda akan ditinggalkan..dunia ini hanya pnjaman dan amanah yg sedang anda tanggung sila jalankan dengan sedaya upaya. Tk payah la datang mesyuarat cawangan dengan bermodalkan kereta hebat, hidung tinggi serta cakap pok pek tp kosong...

    ReplyDelete