Friday, February 1, 2013

PRU13 JANGAN ULANGI KESILAPAN LEPAS


Aku cukup tertarik bila tarikh pembubaran Parlimen kian hampir dan melihat gelagat YB-YB, Ketua Bahagian2 dan Ahli-ahli Politik yang merasakan dirinya layak menjadi calon. Bukan kerana mereka sekarang bekerja keras turun kawasan untuk BERBAKTI kepada rakyat, sebaliknya nak TONJOLkan diri agar KELIHATAN di pandangan pihak SB politik, JASA, Kemas dan Agensi2 berkaitan yang tugasnya menulis laporan berkaitan orang yang buat kerja dan orang yang diMINATI rakyat setempat.

Mereka bagai lupa kata-kata DS Najib yang mengatakan CALON BOLEH MENANG tak semestinya dikalangan ahli politik.... dan calon-calon untuk PRU13 kali ini adalah dikalangan mereka yang boleh digelar WINNABLE CANDIDATED. Sekarang ni bila tarikh semakin hanpir semalin kuat puak2 ni melobi, melabur dan tak kurang juga yang dah standby kemenyan besar untuk memastikan nama tersenarai sebagai calon.

Ada juga kawasan yang sebelum ini YB adalah Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Bahagian bukannya YB kini Ketua Bahagian sudahpun mengubah ayat awalnya yang takkan RAMPAS kawasan yang diwakili Ketua Pemuda nya...sekarang ni dengar dah pandai keluar ayat calon PRU13 kali ni sebaiknya mengikut hiraki.... heehehehehe terkedu Ketua Pemuda yang menjawat jawatan sekarang dan dengarnya nama dah tercicir. Nampak gayanya tak ada harapan mengekalkan jawatan EXCO Negeri macam ni..... kesian kesian.

Ada juga seorang EXCO yang macam dah tahu nama dah tak ada dalam senarai.... dah keluar kalimah tak dapat jadi calon tak apa... kalau boleh bagilah dia jadi senator sebagai ganti. Mak aiii..... takkan tak cukup2 lagi. Menyamun sakan sampai adik beradik berniaga... tak besar untuk di supplynya, Layar LED pun jadi.... tak ada event besar, event PAK LAWAK pun jadi... walau nyatanya event tu event menipu peminat yang tertipu oleh penipu yang memang kerjanya menipu....

Nyatanya sandiwara dan lakonan ahli politik akhir-akhir ni semakin pelik.... cukuplah apa yang dibuat oleh puak pembangkang sangat meloyakan.... janganlah demi kuasa dan kerusi DUN atau Parlimen yang dikejar kamu kamu dan kamu semua buat perangai lebih kotor dan jijik sama macam Anwar, Hadi, Nik Aziz, LGE, Kit Siang dan Karpal..... buat lah kerja yang masih bersisa ni dengan jujur amanah dan setia pada arahan dan matlamat DS Najib. Kalau rasa anda setia pada UMNO, setialah pada amanat Presiden UMNO... bukannya tikam belakang dan ada agenda sendiri demi kekayaan yang tak nampak.

Akhir cerita.... Lim Guan Eng dan DAP sedang bekerja sama dgn Anwar dan PKR memperbodoh-bodohkan PAS... kita jangan bagi MODAL untuk mereka-mereka ni alihkan meriam dan tembak kita dan terlucut seluar terlondeh dan ternampak KEMALUAN kita hingga rakyat merialisasikan apa yang ada dalam hati pada PRU nanti dan kita menangis atas dosa-dosa mereka yang kononnya pejuang tetapi sebenarnya pengkhianat.

---- jangan marah ek.... aku cuit-cuit sikit jer bontot tu... tak lebih2 pun.

No comments:

Post a Comment