Demam mesyuarat agung cawangan cawangan kembali untuk tahun ini. Seperti biasa usul usul dan cadangan dari cawangan dibahaskan. Usul lama tertinggal dan usul baru diperkatakan. Tetapi yang seperti biasa, usul lama tertinggal, usul baru dibawa...
Berpolitik hanya untuk bermesyuarat tanpa ada usaha melunaskan usul yang dibentangkan oleh ahli ahli cawangan. Sedih.... inikah yang dijuangkan oleh UMNO? Wadah perjuangan berasaskan Alif Ba Ta?
Umno telah masuk era Transformasi Politik.... adakah mentaliti pemimpin yang menang pemilihan sedar apa maksud TRANSFORMASI dan sedar mereka masih syok sendiri dan masih mengekalkan tradisi mesyuarat mesyuarat tanpa perlaksanaan untuk menyelesaikannya.
Sedarlah... kita berpolitik untuk bangsa, bukannya untuk poket sendiri. Ubahlah......
.
Saturday, April 19, 2014
Friday, November 1, 2013
SAMPAI BILA SAMPAI BILA SAMPAI BILA.....????
Pernahkah kita berfikir, apakah yang dilakukan dan apakah yang difikirkan oleh Anwar ibrahim ketika ini? Adakah dia dalam keadaan selesa setelah kegagalannya untuk menukar kerajaan semasa PRU13. Pernahkah kita tahu apa yang ada di dalam hatinya? adakah dia berdiam diri setelah gagal... adakah dia sekarang sedang membelai rambut Wan Azizah dan bersenang lenang di ruang tamu rumahnya. Atau menonton cerita Hindi di televisyen.
Pernahkah kita tahu apa yang sedang difikirkan oleh Lim Kit Siang? Apakah disembangkan oleh Lim Guan Eng bersama penasihat-penasihatnya? Doa apakah yang dibacakan oleh Nik Aziz selepas solat hajatnya? Apakah yang ada di dalam pemikiran Karpal Singh semasa berada di atas kerusi roda sembil ditolak oleh Gobind Deo. Apakah yang sedang bermain dalam fikiran Haji Hadi selepas makan hidangan makan malamnya? Adakah fikiran mereka semua ini sama? Adakah mereka ini sebenar-benar pakatan yang sepakat?
Yang pasti matlamat mereka sama.... mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Namun tahukah kita adakah jika ditakdirkan mereka berjaya, adakah mereka akan menjadi satu kumpulan yang bekerjasama atau sebaliknya? Pernahkah kita tahu tentang matlamat sebenar mereka. Anwar dengan Liberal dan Pluralismnya. Lim Guan Eng dan Kit Siang dengan Sosialisnya. Hadi dan Nik Aziz dengan Hudud PAS yang tak pernah menjadinya..... adakah ini namanya pakatan?
Apakah ini yang digelar kerjasama? Apakah ini yang di panggil Kumpulan?
Sampai bila agaknya mereka akan terus menipu? memperdaya dan akhirnya memperbodohkan pengikut fanatiknya. Mungkin ramai pengikutnya sedar dan tahu penipuan dan sedar mereka sedang diperbodohkan.... Namun atas rasa tidak berpuas hati dan rasa memberontak mereka masih bersama dengan si penipu dan terus berada di dalam lingkungan kebodohan yang nyata. Sampai bila sampai bila dan sampai bilakah??????
PRK SG LIMAU MEDAN PERTAMA UNTUK PEJUANG UMNO SELEPAS PEMILIHAN
Dalam kesibukan petugas parti menjalankan gerak kerja kempen di Sg Limau apa yg dilihat ramai antara mereka yg terlibat terdiri dari pemenang semasa Pemilihan Umno yg baru lalu. Namun tidak ketinggalan ada juga antara mereka yg turun turun padang adalah calon2 yg kalah. Ini jelas menunjukkan mereka yang menang sedang menjalankan amanah yang diberi oleh perwakilan untuk bertugas untuk parti. Manakala mereka yang tewas tetapi tetap turun padang utk bertugas adalah mereka yang tidak pernah kenal erti patah semangat dan tetap meneruskan perjuangan dan tetap berjuang demi parti. Syabas dan sikap beginilah yang perlu ada pada setiap ahli dan setiap pemimpin yang ada dalam UMNO. Selamat bertugas dan selamat berjuang pada pejuang sejati UMNO di PRK DUN Sg Limau.
- Bukit Kayu Hitam dah dekat.... jangan jadikan alasan hotel dan homestay penuh untuk anda menyeberangi sempadan. Hahahahaha
Sunday, June 16, 2013
BILA KHAIRY JADI MENTERI TEAM MUKRIZ DAN TEAM KHIR TOYO KEMBALI TIMBUL
Selesai sudah PRU13 keputusan hampir sama dengan PRU12. jika dahulu dikatakan tsunami politik kali ini tsunami kaum cina pula disebut. nampak tak cukup hebat berbanding dengan lantikan KJ sebagai Menteri kabinet lantikan Najib
Sebagai Menteri Belia dan Sukan, KJ telah membuat satu statement panas apabila mengeluarkan kenyataan beliau bukannya Menteri untuk org BN tetapi untuk rakyat Malaysia semua tanpa mengira parti. Betul lah tu.... tapi yang bisa memanaskan apabila beliau dengan selamba mempelawa pemimpin pemuda dari parti pembangkang untul duduk semeja berbincang bagaimana untuk memperkasakan golongan muda. Panas pada mereka yang anti KJ.
Pada asasnya aku tak nampak panas sebab Najib yang tak pernah mempelawa Anwar duduk semejapun dah banyak kali menunaikan tuntutan puak pembangkang. Hapus ISA, mansuh AUKU, dakwat kekal dan beberapa lagi benda yg dituntut pembangkang ditunaikan. Tak panas pula? Sebab Najib yg buat kot.... hehehe
Isu FAM pula KJ menyentuh hal kontraversi Pahang dan hal FAM melobi hak penganjuran piala dunia.... lagi sekali panas. Ada yang kata KJ derhaka pada Sultan Pahang sampai Tuanku Presiden FAM terguris hati. Shahidan dan Anuar Musa kritik FAM tak pula dikata derhaka???? hehehe sebab 2 pemimpin tersebut bukannya KJ dan bukannya Menteri kot.
Kenapa tajuk tulisan aku kali ini menyentuh team Mukriz dan team Khir Toyo? Nama team ini timbul kembali sebab aku tengok team 01 dan team 02 masih anti KJ walau Mukriz tetap selesa berjawatan walau kalah dan Dr Khir Toyo hampir ke dalam gara kes pembelian banglonya.
Tak ada kaitan dengan KJ dan tiada bayang KJ mempengaruhi dan tiada kuasa KJ untuk sabotaj lantikan Mukriz. Kesimpulannya KJ tak buat apapun tetap dibalun dan ditibai.... sungguh dalam dan hebat dendam kesumat team 01 dan 02 ni. hehehehe
Dalam sibuk menghentam KJ ni rupanya ada tembelang yang mulai pecah dan cerita yang sulit menyulit kian bocor. Kena tunggu dan lihat sebab sekarang geng balun KJ ni sedang spin cerita KJ melantik Regina wartawan Malaysiakini sebagai SUA. Betul ke? Kalau betul, biar aku pulak yang cakap, KJ ni buta hati ke melantik orang berjiwa pembangkang kerja dengan dia? BODOHlah menteri macam ni.
Akhir kalam.... kenang daku dalam sembang mu.
Saturday, May 4, 2013
#PRU13 - NIZAR DATANG MEMBUAT KECOH DI SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' PANGLIMA BUKIT GANTANG
perosak minda dan punca pepecahan bangsa dan agama
berapa umur budak ini??? mari kita teka beramai-ramai
Friday, February 1, 2013
PRU13 JANGAN ULANGI KESILAPAN LEPAS
Mereka bagai lupa kata-kata DS Najib yang mengatakan CALON BOLEH MENANG tak semestinya dikalangan ahli politik.... dan calon-calon untuk PRU13 kali ini adalah dikalangan mereka yang boleh digelar WINNABLE CANDIDATED. Sekarang ni bila tarikh semakin hanpir semalin kuat puak2 ni melobi, melabur dan tak kurang juga yang dah standby kemenyan besar untuk memastikan nama tersenarai sebagai calon.
Ada juga kawasan yang sebelum ini YB adalah Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Bahagian bukannya YB kini Ketua Bahagian sudahpun mengubah ayat awalnya yang takkan RAMPAS kawasan yang diwakili Ketua Pemuda nya...sekarang ni dengar dah pandai keluar ayat calon PRU13 kali ni sebaiknya mengikut hiraki.... heehehehehe terkedu Ketua Pemuda yang menjawat jawatan sekarang dan dengarnya nama dah tercicir. Nampak gayanya tak ada harapan mengekalkan jawatan EXCO Negeri macam ni..... kesian kesian.
Ada juga seorang EXCO yang macam dah tahu nama dah tak ada dalam senarai.... dah keluar kalimah tak dapat jadi calon tak apa... kalau boleh bagilah dia jadi senator sebagai ganti. Mak aiii..... takkan tak cukup2 lagi. Menyamun sakan sampai adik beradik berniaga... tak besar untuk di supplynya, Layar LED pun jadi.... tak ada event besar, event PAK LAWAK pun jadi... walau nyatanya event tu event menipu peminat yang tertipu oleh penipu yang memang kerjanya menipu....
Nyatanya sandiwara dan lakonan ahli politik akhir-akhir ni semakin pelik.... cukuplah apa yang dibuat oleh puak pembangkang sangat meloyakan.... janganlah demi kuasa dan kerusi DUN atau Parlimen yang dikejar kamu kamu dan kamu semua buat perangai lebih kotor dan jijik sama macam Anwar, Hadi, Nik Aziz, LGE, Kit Siang dan Karpal..... buat lah kerja yang masih bersisa ni dengan jujur amanah dan setia pada arahan dan matlamat DS Najib. Kalau rasa anda setia pada UMNO, setialah pada amanat Presiden UMNO... bukannya tikam belakang dan ada agenda sendiri demi kekayaan yang tak nampak.
Akhir cerita.... Lim Guan Eng dan DAP sedang bekerja sama dgn Anwar dan PKR memperbodoh-bodohkan PAS... kita jangan bagi MODAL untuk mereka-mereka ni alihkan meriam dan tembak kita dan terlucut seluar terlondeh dan ternampak KEMALUAN kita hingga rakyat merialisasikan apa yang ada dalam hati pada PRU nanti dan kita menangis atas dosa-dosa mereka yang kononnya pejuang tetapi sebenarnya pengkhianat.
---- jangan marah ek.... aku cuit-cuit sikit jer bontot tu... tak lebih2 pun.
Thursday, January 31, 2013
YB NASHARUDDIN MAT ISA MEMANG KENTAL - NIK AZIZ SEMAKIN KECUT
Persoalannya kenapa Dr Hassan Ali pas bukan main mudah memecat tanpa memikirkan kesannya? atau PAS tahu tentang PENGARUH dan PENGIKUT SETIA Ustaz Nasha..... mungkin kesilapan lalu mengajar Nik Aziz cara membuat keputusan..... yang nyata Nik Aziz memang manusia BACUL! nyanyuk dan mulai kurang waras.....
Kepada Ustaz Nasha.... teruslah berjuang demi maruah dan demi nama Islam sebenar. Walau tanpa mengunakan platform PAS, tindakan dan usaha Ustaz bekerja untuk Islam tetap disokong oleh jutaan umat Islam di Malaysia. Hanya yang sudah khayal dan sudah disogok ideologi PLURALISM Anwar sahaja yg akan menentang.... FAKTA - PAS menuju ke arah ISLAM LIBERAL sama seperti Anwar Ibrahim.
- jangan marah ek.... aku cuit2 bontot Nik Aziz sikit jer.... hahahahahahha
Subscribe to:
Posts (Atom)