Thursday, April 29, 2010

AMAL MA'ARUF NAHI MUNGKAR versi DAP



Hari tu aku ke Pulau Pinang untuk berjumpa kawan-kawan aku yang bekerja di sana. Baru 3 hari depa berpindah aku dah mula rasa bosan dan mula buat plan untuk ke Pulau Pinang. Ipoh ke Pulau Pinang terasa tak berapa jauh sejak adanya PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan). Hanya mengambil masa 2jam..... jasa kerajaan BN tu. Memudahkan dan menjimatkan waktu pengguna..... (pengguna tu rakyat.... betul ek).

Sampai je ke Jambatan Pulau Pinang.... mak oooiii dah ada 3 lorong. Berbanding 2 lorong. Dah siap projek ni.... bermakna kelulusannya dibuat sebelum 2008. Kalau tak silap semasa kerajaan BN memerintah. Jasa BN lagi kepada RAKYAT. Betul ke?.... kalau tak sebelum ni jambatan sesak dan jalan tersekat-sekat. Tak ke menambah dari 2 ke 3 lorong tu keputusan yang tepat?
Masuk je ke Pulau Pinang, jalan lancar.... kerja-kerja membina jejantas dan lebuhraya terus ke Georgetown dah siap rupanya. Bangunan yang tersergam di tepi jalan di Pulau Pinang semuanya jelas menunjukkan Pulau Pinang negeri yang maju. Tahniah kepada kerajaan negeri yang berjaya mentadbir dan memajukan Pulau Pinang. Dari apa yang dilihat ini bukan kerja 2 tahun mentadbir..... kiranya kemajuan Pulau Pinang bukan hasil dari idea dan usaha Lim Guan Eng. Bodoh lah kiranya aku mengatakan Lim Guan Eng mentadbir Pulau Pinang 2 tahun dah berjaya memajukan Pulau Pinang ni.
Bila dah masuk pulau, tak sempurna kalau aku tak ke Ferringhi.... jalan masih seperti dulu-dulu. Kecil dan bengkang bengkok..... Kalau Lim Guan Eng handal sangat besarkan dan luruskanlah jalan. hehehehe..... tapi setahu aku Lim Guan Eng hanya tahu memusnahkan tanah warisan je.... kesian penduduk Kampung Buah Pala. Kalau nak tahu itu adalah JASA pertama LGE kepada pengundi-pengundinya.
Kat Pulau Pinang ni cukup terkenal dengan nasi kandar, pasembor, laksa penang dan tentunya jeruk buah pala. Berbaloi gak percutian aku ke sini bila hasil 2 jam perjalanan mengunakan PLUS, Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Baru Jelutong, aku merasa makan dan membawa buah tangan untuk dibawa balik yang berlainan dari negeri lain. Banyak yang dapat aku pelajari dan merasa di sini dari berjumpa kawan-kawan aku tu, makanan yang hebat, permandangan pantai yang indah dan tentunya pengalaman menilai hasil kerja Lim Guan Eng yang tak sehebat mana.
Sebenarnya bukan semata-mata apa yang aku tulis di atas ni yang menarik minat aku, tetapi bila dalam perjalanan pulang mata aku tetiba terpandang satu sepanduk yang amat kelakar. Setelah meroboh rumah di Kg Buah Pala, menghalang peniaga melayu berniaga di bazar ramadhan...... tetiba Puak PAS di sini menjaja sepanduk amal ma'aruf nahi mungkar dan paling lawak bila muka budak LGE tu pun ada kat sepanduk tu. Al kisahnya belanjawan hal ehwal agama islam yang KONONNYA tahun 2009 sebanyak 20.5juta dan 24.3juta untuk tahun 2010.
Betul ke?.... dari apa yang aku nampak, tak ada sebanyak itu yang dibelanjakan untuk hal yang berkaitan. PELIK.... ke mana pergi BUDGET tu? masuk poket ke????
Ini peliknya bila Puak PAS dapat join pentadbiran negeri.... HARAM JADAH je kerjanya. Apa taknya.... yg dijaja kononnya kerja-kerja baik yang depa buat. Tapi..... betul ke? Sama cam Nizar jadi MB Perak 10bulan.... tak tau kerja lain cuma ke Masjid2, Surau2 dan Dewan2.... hanya untuk berceramah. kerja lain semua 2 N yang buat sampai keputusan2 exco meeting di tangan Ngar dan Ngeh. Kalau Perak MB Pas bodoh je bagi DAP kuasai pentadbiran.... macam mana pulak Pulau Pinang yang Ketua Menterinya Cina DAP dan PAS hanya seperti hamPAS dalam pentadbiran negeri. Apa akan jadi??? Hangpa fikir le sendiri....
Wassalam....

~ takkan dok diam bila tgk khalifah Guan Eng (gelaran HUSSAM MUSA yang bagi) memperbodohkan melayu Penang.