Sunday, June 16, 2013

BILA KHAIRY JADI MENTERI TEAM MUKRIZ DAN TEAM KHIR TOYO KEMBALI TIMBUL

          

 
Selesai sudah PRU13 keputusan hampir sama dengan PRU12. jika dahulu dikatakan tsunami politik kali ini tsunami kaum cina pula disebut. nampak tak cukup hebat berbanding dengan lantikan KJ sebagai Menteri kabinet lantikan Najib

        Sebagai Menteri Belia dan Sukan, KJ telah membuat satu statement panas apabila mengeluarkan kenyataan beliau bukannya Menteri untuk org BN tetapi untuk rakyat Malaysia semua tanpa mengira parti. Betul lah tu.... tapi yang bisa memanaskan apabila beliau dengan selamba mempelawa pemimpin pemuda dari parti pembangkang untul duduk semeja berbincang bagaimana untuk memperkasakan golongan muda. Panas pada mereka yang anti KJ.

        Pada asasnya aku tak nampak panas sebab Najib yang tak pernah mempelawa Anwar duduk semejapun dah banyak kali menunaikan tuntutan puak pembangkang. Hapus ISA, mansuh AUKU, dakwat kekal dan beberapa lagi benda yg dituntut pembangkang ditunaikan. Tak panas pula? Sebab Najib yg buat kot.... hehehe




    Isu FAM pula KJ menyentuh hal kontraversi Pahang dan hal FAM melobi hak penganjuran piala dunia.... lagi sekali panas. Ada yang kata KJ derhaka pada Sultan Pahang sampai Tuanku Presiden FAM terguris hati. Shahidan dan Anuar Musa kritik FAM tak pula dikata derhaka???? hehehe sebab 2 pemimpin tersebut bukannya KJ dan bukannya Menteri kot.  
        Kenapa tajuk tulisan aku kali ini menyentuh team Mukriz dan team Khir Toyo? Nama team ini timbul kembali sebab aku tengok team 01 dan team 02 masih anti KJ walau Mukriz tetap selesa berjawatan walau kalah dan Dr Khir Toyo hampir ke dalam gara kes pembelian banglonya.  
     
     Tak ada kaitan dengan KJ dan tiada bayang KJ mempengaruhi dan tiada kuasa KJ untuk sabotaj lantikan Mukriz. Kesimpulannya KJ tak buat apapun tetap dibalun dan ditibai.... sungguh dalam dan hebat dendam kesumat team 01 dan 02 ni. hehehehe    
         Dalam sibuk menghentam KJ ni rupanya ada tembelang yang mulai pecah dan cerita yang sulit menyulit kian bocor. Kena tunggu dan lihat sebab sekarang geng balun KJ ni sedang spin cerita KJ melantik Regina wartawan Malaysiakini sebagai SUA. Betul ke? Kalau betul, biar aku pulak yang cakap, KJ ni buta hati ke melantik orang berjiwa pembangkang kerja dengan dia?  BODOHlah menteri macam ni. 
      Akhir kalam.... kenang daku dalam sembang mu.