Sunday, March 7, 2010

GUA TABIK SAMA LU....


AKU cukup hormat kepada YB Zulkifli Noordin yang jelas tidak pernah ingkar dan jelas tegas dengan prinsipnya.... JELAS! Beliau bukan HIPOKRIT dan jelas kekal dengan kata-katanya selama ini.

Kepada YB Zul, saya ucapkan TAHNIAH atas keihlasan YB memperjuangkan ISLAM. Biarlah YB tidak mahu menyertai mana-mana parti. Asalkan kekal dengan prinsip untuk berjuang mempertahankan Agama Islam...... Tahniah dan Terima Kasih YB Zulkifli Noordin.


Hormat pendirian pemimpin yang jujur dan ikhlas. walau berpolitik kata-kata kita jangan kerana POLITIK. kerana kata-kata POLITIK kadang kala hipokrit dan menipu!

ANTARA ULAMAK DAN ALAMAK.....

Assalamualaikum...
Kepada SAHABAT2, KAWAN2, yang belum KENAL dan MUSUH2 yang SUDI membaca dan meninjau2 ruangan terhad saya ini.

Apa yang yang berada dibenak kepala Hotak saya sekarang ini bila saya terpandang wajah Pendakwah TULEN, ULAMAK TULEN DAN MUJAHIDDIN.... Tan Sri Harussani Zakaria. Kenapa saya menggelarkan sebegitu rupa kepada beliau? Kerana sedia maklum SATU MALAYA tahu siapa Beliau dan apa sahaja kenyataan yang beliau keluarkan tidak pernah menimbulkan keraguan. Beliau hanya tahu menyatakan yg HAQ dan menentang segala yg BATIL. Satu ketika dahulu beliau pernah mendedahkan tentang jumlah umat islam yang murtad. Berita itu amat mengemparkan hingga menjadi isu sensitif dan turut jadi isu politik oleh pihak tertentu dari Parti yang kononnya memperjuangkan ISLAM.

Apa sahaja perkara yang berkaitan tentang Islam yang didedahkan oleh beliau dahulu pastinya akan dicedok dan dijadikan modal politik oleh pemimpin parti seberang sana untuk menghentam Kerajaan. Ketika itu beliau disanjung dan dihormati pengikut-pengikut PAS dan rasanya jadikan beliau IDOLA..... itu DAHULU. NAmun segalanya berubah hanya kerana beliau tidak mahu bersengkokol dengan Nizar untuk menDERHAKA kepada DYMM Tuanku Sultan berkaitan pergolakan politik negeri Perak. Beliau dimaki, dihina dan tiada lagi sanjungan dari pengikut-pengikut PAS. Jelas Ulamak PAS adalah ALAMAK! Yang mengunakan agama untuk politik.

PAS ingin jelas tidak ikhlas memperjuangkan ISLAM. Kata-kata mereka selama ini jelas MENIPU rakyat dan jelas mereka sesat dalam mengejar kuasa untuk memerintah. Tetapi BODOHnya pengikut PAS apabila rela menjadi ANJING kepada DAP yang menyalak memaki hamun tanpa mengira siapa yang mereka maki. Jika mera benar-benar ikhlas memperjuangkan iSLAM, takkan ada ayat menhina, memaki-hamun sesiapa sahaja.... tetapi mereka turut menjadikan seorang MUFTI yang dilantik oleh DYMM Tuanku sebagai sasaran kata-kata maki hamun yang jelas menunjukkan mereka bukannya Mujahiddin....

Jelas terbukti apabila kenyataan Ahmad Awang "kita takkan bersengkokol dengan orang islam yang zalim (UMNO) dan lebih baik berkawan dengan kAFIR (DAP)". Zalim apa UMNO kepada PAS? Pernahkah pengikut, pemimpin PAS mati kebuluran akibat di Zalimi? pernahkah orang-orang PAS dihalang berpolitik? Pernahkah Pemimpin PAS dijahit mulutnya agar diam dan tidak dapat berceramah memaki hamun pemimpin UMNO? Jujur sangat ke DAP mahu "BERKAWAN" dengan PAS yang hanya menang 6 kerusi DUN? Besar sangat ke 6 KERUSI DUN tu hingga DAP jujur dan ikhlas ingin berkawan dgn PAS? Kalau jujur nak berkawan, berapa orang pengikut DAP yang ditahan baring tengah jalan ketika DYMM Raja Muda mahu ke Istana Iskandariah ketika majlis angkat sumpah DS Dr Zamry?

Wahai Ahmad Awang.... jangan BODOHkan orang lain dgn kata-kata bodoh anda. Kalau anda SUDI jadi Anjing, Jadi Lembu, Jadi KALDAi DAP,..... TOLONG jangan BODOHkan orang lain dengan kenyataan bodoh anda. Jika anda benar-benar ULAMAK, tidakkah anda sedar apa yang anda lakukan? Saya Hormat kalau PAS berjuang tanpa jadi BONEKA DAP.... tetapi jelas PAS tidak layak memekik melolong menyatakan perjuangan mereka ISLAM Al Quran dan Hadis panduan mereka setelah mereka buat kerja-kerja KOTOR selama ini. SEDARLAH!!!!

Kepada Tan Sri Harussani Zakaria, saya doakan kesejahteraan agar terus berjuang dan semoga mendapat keberkatan dalam apa jua yang beliau lakukan demi menegakkan Syariat Islam di muka bumi ini. Alhamdulillah masih ada Ulamak tulin yang berani dan ikhlas berdakwah di bumi Perak ini.


aku mengaku jahil agama, tetapi tidak jahil menilai kejujuran seseorang.

Tuesday, February 2, 2010

YB DATO RAZALI IBRAHIM yang kita kenali

Assalamualaikum....

Sahabat2, Kawan2, Yang belum kenal dan Musuh2 yang SUDI membaca dan meninjau....


YB Dato' Razali Ibrahim yang kita kenali seorang yang cukup lembut pendekatannya dan tabah orangnya. Kerana untuk beliau memenangi jawatan NKP UMNO Malaysia bukan sesuatu yang mudah kerana lawannya ketika itu merupakan calon yang cukup popular. Mana taknya, setiap seisi majlis memperkenalkan calon, pastinya Dato' Razali terkedu sambil menelan air liur melihat dan mendengar sorakan penyokong SRM. Kejadian ini turut berlaku di Johor negeri kelahiran beliau.

Namun tuah ayam nampak dikaki, tuah Dato' Razali nampak di undi. Pada amatan saya beliau turut tidak menjangka akan kemenangan sebagaimana penyokong SRM tidak mempercayai akan kekalahan Dato' Reezal. Tetapi undi perwakilan memang berhantu.... Dato' Razali yang berasal dari Muar menjadi Ahli Parlimen Muar merupakan seorang Peguam sebelum aktif politik. Semasa berkempen jawatan NKP UMNO Malaysia, Misi dan Visinya ketika itu "siapa yang menang adalah Ketua saya dan saya akan bekerjasama dengannya. Namun begitu beliau amat sinonim dengan calon 01 ketika itu.

Bagaimanapun beliau telah menzahirkan kata-katanya bahawa akan bekerjasama dengan ketuanya apabila beliau membuat kenyataan menafikan wujud desakan daripada exco Pemuda meminta KJ melepaskan jawatannya. Ini jelas membuktikan tiada kekecohan sepertimana yang dilaporkan oleh sesetengah blog baru-baru ini. Bagaimanapun hari ini terdapat blog yang menempelak kenyataan Daoto' Razali tersebut. Apapun kita patut hormat dan akur dengan kenyataan beliau selaku orang no.2 dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Tahniah Dato' atas keberanian menyatakan sesuatu yang tidak digemari oleh mereka-mereka yang suka melihat Pemuda UMNO berpecah belah.

Angguk2 Geleng2 sokong apa saja tindakan dan keputusan yang dapat dimuafakatkan dalam kabinet Pemuda UMNO Malaysia demi kebaikan pemuda itu sendiri.

Wassalam...


cakap siang pandang2 cakap malam dah letih.....


Saturday, January 30, 2010

BILA UMNO DIKATA KORO

Assalamualaikum.....
Kepada Sahabat2, Kawan2, Yang belum kenal dan Musuh2 yang sudi membaca dan meninjau.....

Apabila UMNO dikatakan KORO.
Mengapakah UMNO terlalau defendsive?
Jawapannya mudah.... kita terlalu beradap sopan ketika berpolitik dan dididik mengamalkan politik berhemah. Jika ketika era Dato' Harun Idris UMNO (Pemuda menjadi fighter) hinggakan menjadi sayap teras dalam perjuangan parti. Pemuda menjadi satu badan yg disegani atas ketegasan dan semangat juang yg tinggi. Bagus kerana menyerang dakyah lawan tanpa rasa takut dan tiada limit.
Tetapi apabila terlalu berhemah dan terlalu bersopan, akhirnya kita menjadi sayap yg lembut dalam menangani masalah dalaman. Dalam keadaan kita berlembut, Pakatan Lawan mengambil kesempatan mengkritik, menghentam dan lazimnya UMNO dicop sebagai parti belasahan. Macam mana kita tak dikatakan KORO? kita tak mampu menjawab semua dakyah kerana tiada restu dan tiada kata menyokong tindakan bila kita mengganas.
Sebenarnya UMNO tak KORO. UMNO parti keramat yang teratur dan ada tatasusila dalam berpolitik.

Wassalam

cakap siang pandang2 cakap malam relaks dulu......