Tuesday, February 2, 2010

YB DATO RAZALI IBRAHIM yang kita kenali

Assalamualaikum....

Sahabat2, Kawan2, Yang belum kenal dan Musuh2 yang SUDI membaca dan meninjau....


YB Dato' Razali Ibrahim yang kita kenali seorang yang cukup lembut pendekatannya dan tabah orangnya. Kerana untuk beliau memenangi jawatan NKP UMNO Malaysia bukan sesuatu yang mudah kerana lawannya ketika itu merupakan calon yang cukup popular. Mana taknya, setiap seisi majlis memperkenalkan calon, pastinya Dato' Razali terkedu sambil menelan air liur melihat dan mendengar sorakan penyokong SRM. Kejadian ini turut berlaku di Johor negeri kelahiran beliau.

Namun tuah ayam nampak dikaki, tuah Dato' Razali nampak di undi. Pada amatan saya beliau turut tidak menjangka akan kemenangan sebagaimana penyokong SRM tidak mempercayai akan kekalahan Dato' Reezal. Tetapi undi perwakilan memang berhantu.... Dato' Razali yang berasal dari Muar menjadi Ahli Parlimen Muar merupakan seorang Peguam sebelum aktif politik. Semasa berkempen jawatan NKP UMNO Malaysia, Misi dan Visinya ketika itu "siapa yang menang adalah Ketua saya dan saya akan bekerjasama dengannya. Namun begitu beliau amat sinonim dengan calon 01 ketika itu.

Bagaimanapun beliau telah menzahirkan kata-katanya bahawa akan bekerjasama dengan ketuanya apabila beliau membuat kenyataan menafikan wujud desakan daripada exco Pemuda meminta KJ melepaskan jawatannya. Ini jelas membuktikan tiada kekecohan sepertimana yang dilaporkan oleh sesetengah blog baru-baru ini. Bagaimanapun hari ini terdapat blog yang menempelak kenyataan Daoto' Razali tersebut. Apapun kita patut hormat dan akur dengan kenyataan beliau selaku orang no.2 dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Tahniah Dato' atas keberanian menyatakan sesuatu yang tidak digemari oleh mereka-mereka yang suka melihat Pemuda UMNO berpecah belah.

Angguk2 Geleng2 sokong apa saja tindakan dan keputusan yang dapat dimuafakatkan dalam kabinet Pemuda UMNO Malaysia demi kebaikan pemuda itu sendiri.

Wassalam...


cakap siang pandang2 cakap malam dah letih.....


No comments:

Post a Comment