Sunday, March 7, 2010

GUA TABIK SAMA LU....


AKU cukup hormat kepada YB Zulkifli Noordin yang jelas tidak pernah ingkar dan jelas tegas dengan prinsipnya.... JELAS! Beliau bukan HIPOKRIT dan jelas kekal dengan kata-katanya selama ini.

Kepada YB Zul, saya ucapkan TAHNIAH atas keihlasan YB memperjuangkan ISLAM. Biarlah YB tidak mahu menyertai mana-mana parti. Asalkan kekal dengan prinsip untuk berjuang mempertahankan Agama Islam...... Tahniah dan Terima Kasih YB Zulkifli Noordin.


Hormat pendirian pemimpin yang jujur dan ikhlas. walau berpolitik kata-kata kita jangan kerana POLITIK. kerana kata-kata POLITIK kadang kala hipokrit dan menipu!

ANTARA ULAMAK DAN ALAMAK.....

Assalamualaikum...
Kepada SAHABAT2, KAWAN2, yang belum KENAL dan MUSUH2 yang SUDI membaca dan meninjau2 ruangan terhad saya ini.

Apa yang yang berada dibenak kepala Hotak saya sekarang ini bila saya terpandang wajah Pendakwah TULEN, ULAMAK TULEN DAN MUJAHIDDIN.... Tan Sri Harussani Zakaria. Kenapa saya menggelarkan sebegitu rupa kepada beliau? Kerana sedia maklum SATU MALAYA tahu siapa Beliau dan apa sahaja kenyataan yang beliau keluarkan tidak pernah menimbulkan keraguan. Beliau hanya tahu menyatakan yg HAQ dan menentang segala yg BATIL. Satu ketika dahulu beliau pernah mendedahkan tentang jumlah umat islam yang murtad. Berita itu amat mengemparkan hingga menjadi isu sensitif dan turut jadi isu politik oleh pihak tertentu dari Parti yang kononnya memperjuangkan ISLAM.

Apa sahaja perkara yang berkaitan tentang Islam yang didedahkan oleh beliau dahulu pastinya akan dicedok dan dijadikan modal politik oleh pemimpin parti seberang sana untuk menghentam Kerajaan. Ketika itu beliau disanjung dan dihormati pengikut-pengikut PAS dan rasanya jadikan beliau IDOLA..... itu DAHULU. NAmun segalanya berubah hanya kerana beliau tidak mahu bersengkokol dengan Nizar untuk menDERHAKA kepada DYMM Tuanku Sultan berkaitan pergolakan politik negeri Perak. Beliau dimaki, dihina dan tiada lagi sanjungan dari pengikut-pengikut PAS. Jelas Ulamak PAS adalah ALAMAK! Yang mengunakan agama untuk politik.

PAS ingin jelas tidak ikhlas memperjuangkan ISLAM. Kata-kata mereka selama ini jelas MENIPU rakyat dan jelas mereka sesat dalam mengejar kuasa untuk memerintah. Tetapi BODOHnya pengikut PAS apabila rela menjadi ANJING kepada DAP yang menyalak memaki hamun tanpa mengira siapa yang mereka maki. Jika mera benar-benar ikhlas memperjuangkan iSLAM, takkan ada ayat menhina, memaki-hamun sesiapa sahaja.... tetapi mereka turut menjadikan seorang MUFTI yang dilantik oleh DYMM Tuanku sebagai sasaran kata-kata maki hamun yang jelas menunjukkan mereka bukannya Mujahiddin....

Jelas terbukti apabila kenyataan Ahmad Awang "kita takkan bersengkokol dengan orang islam yang zalim (UMNO) dan lebih baik berkawan dengan kAFIR (DAP)". Zalim apa UMNO kepada PAS? Pernahkah pengikut, pemimpin PAS mati kebuluran akibat di Zalimi? pernahkah orang-orang PAS dihalang berpolitik? Pernahkah Pemimpin PAS dijahit mulutnya agar diam dan tidak dapat berceramah memaki hamun pemimpin UMNO? Jujur sangat ke DAP mahu "BERKAWAN" dengan PAS yang hanya menang 6 kerusi DUN? Besar sangat ke 6 KERUSI DUN tu hingga DAP jujur dan ikhlas ingin berkawan dgn PAS? Kalau jujur nak berkawan, berapa orang pengikut DAP yang ditahan baring tengah jalan ketika DYMM Raja Muda mahu ke Istana Iskandariah ketika majlis angkat sumpah DS Dr Zamry?

Wahai Ahmad Awang.... jangan BODOHkan orang lain dgn kata-kata bodoh anda. Kalau anda SUDI jadi Anjing, Jadi Lembu, Jadi KALDAi DAP,..... TOLONG jangan BODOHkan orang lain dengan kenyataan bodoh anda. Jika anda benar-benar ULAMAK, tidakkah anda sedar apa yang anda lakukan? Saya Hormat kalau PAS berjuang tanpa jadi BONEKA DAP.... tetapi jelas PAS tidak layak memekik melolong menyatakan perjuangan mereka ISLAM Al Quran dan Hadis panduan mereka setelah mereka buat kerja-kerja KOTOR selama ini. SEDARLAH!!!!

Kepada Tan Sri Harussani Zakaria, saya doakan kesejahteraan agar terus berjuang dan semoga mendapat keberkatan dalam apa jua yang beliau lakukan demi menegakkan Syariat Islam di muka bumi ini. Alhamdulillah masih ada Ulamak tulin yang berani dan ikhlas berdakwah di bumi Perak ini.


aku mengaku jahil agama, tetapi tidak jahil menilai kejujuran seseorang.